School Icon. School Symbol. School Flat Icon.

sekolah kebangsaan senai

Profil Sekolah

81400 senai, johor.

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

Visi : Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera


Misi : Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara


Nilai Sekolah : Membahagiakan, Hormat-Menghormati dan Disayangi


Objektif :

  • Menempatkan Sekolah Kebangsaan Senai ke tahap kebanggaan dan kepercayaan dalam kalangan penduduk-penduduk tempatan khasnya, masyarakat di sekitar amnya, melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai:
  • Memberi pendidikan asas yang kukuh kepada semua murid dangan memupuk semangat belajar serta sikap ingin belajar dengan cemerlang.
  • Meningkatkan prestasi kurikukum dan kokurikulum serta memberi peluang sama rata kepada semua murid.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan harmoni.
  • Memupuk nilai Membahagiakan, Disayangi dan Saling Menghormati dalam kalangan warga sekolah.
  • Mengurangkan kes-kes disiplin dan salah laku dalam kalangan murid.

Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Senai dibuka pada awal tahun 1978. Bermula dengan sebuah bangunan dua tingkat dengan 6 bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat. Sekolah Kebangsaan Senai kini mempunyai 5 blok bangunan, 1 blok kantin dan 1 blok surau.


Pada awal pembukaan, Sekolah Kebangsaan Senai diwarnai dengan 95 orang pelajar dan 8 orang guru. Kebanyakan pelajarnya datang dari keluarga penoreh sekitar pekan Senai pada waktu itu.


Pada masa sekarang, jumlah murid di Sekolah Kebangsaan Senai adalah seramai 795 orang murid termasuk 21 orang murid Pendidikan Khas dan 50 orang murid Pra Sekolah.


Sekolah Kebangsaan Senai diterajui buat pertama kalinya oleh Encik Maskurin Bin Dasuki. Beliau berkhidmat dari awal penubuhan sekolah Kebangsaan Senai hingga tanggal 1 Januari 1983. Selepas itu, pengurusan sekolah terus bertukar tangan sebanyak 12 kali dan sehinggalah kepada kepimpinan Encik Ismail bin Hussein, Guru Besar yang mula berkhidmat di sini dari 1 Ogos 2023.

Piagam Pelanggan Sekolah

Piagam Pelanggan Sekolah

Kami Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan Senai Dengan Penuh Tekad Dan Keazaman, Berikrar Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk:


  • Sentiasa memastikan keselamatan, kebajikan, taraf kesihatan dan penyelesaian permasalahan murid dengan telus, adil dan saksama.


  • Kegigihan memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran serta bimbingan yang sewajarnya kepada semua murid.


  • Sedia memberikan perkhidmatan yang mesra dan terbaik kepada anggota masyarakat yang berurusan dengan pihak sekolah.


  • Kualiti, kreatif, cekap dan berkesan adalah budaya kerja yang diamalkan oleh warga sekolah.


  • Kami sedia menerima cadangan yang membina dengan fikiran yang terbuka demi meningkatkan kualiti perkhidmatan organisasi.

Lagu Sekolah

Lagu Sekolah

Music Note Pattern

Sekolahku yang amat ku cinta

Tempat belajar ilmu diteroka

Sekolah Kebangsaan Senai yang berbudi

Jasamu kekal abadi


Kami murid berikrar berjanji

Berdisiplin dan berhemah tinggi

Pada guru semua juga ibu bapa

Harapan di masa muka


Kerja belajar kami utamakan

Bersukan dan berpersatuan

Kami semua tekadkan satu cita

Usaha dan berjaya


Pada Tuhan kami mohon doa

Usaha kami akan berjaya

Pada guru tercinta dan rakan semua

Berjaya dan berjaya

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Office Phone Icon

+60 7-599 6648

email

jba8011@moe.edu.my

facebook icon vector
Play Button

Hak Cipta Terpelihara © Sekolah Kebangsaan Senai

Tarikh Kemaskini : 10 Januari 2024

Dibina oleh: En Joel Peh Jian Pin